Featured post

[FACEBOOK] GROUP NIAGA SELANGOR

Selamat Datang ke Group Niaga Selangor!!! * Sila add 10 orang rakan anda atau lebih supaya sama-sama mendapat maklumat mengenai produk ...

Saturday 10 September 2016

Turun Berat Lemak VS Turun Berat Otot

Credit: Coach AllenAsriah

Kalau nak turunkan berat badan, pastikan ia turun lemak. Sebab, 1kg lemak lebih besar saiznya dari 1 kg daging.

1) Perasan tak kadang kita turun 1kg berat badan, tapi seluar tak longgar-longgar pun. Ini besar kemungkinan anda turun otot.

2) Dan ada pulak orang tu, turun setengah kg, tapi baju dah rasa longgar. Besar kemungkinan lemaknya menurun melebihi daging tadi.

3) Ada pulak golongan ketiga, berat tak turun-turun, tetapi baju rasa longgar. Ni apa pulak?? Haaa, ini besar kemungkinan, lemak menurun dan otot menaik. So berat badan balance tak berubah. Ini adalah yang terbaik.


Untuk pastikan lemak menurun melebihi dari otot, ambillah program turun berat badan dengan menitik beratkan pengambilan makanan bernutrisi yang mencukupi.

'Crash diet' (atau diet berlapar) selalu membawa kepada mengecilkan otot dan lemak tiada perubahan. Cara turun berat badan begini sangat tidak baik. Anda besar kemungkinan akan naik berat badan semula ke keadaan yang asal (Yo-yo diet).

Tambahan pulak, bila otot mengecil, metabolisma kita juga menurun dan badan akan menjadi letih dan lesu dan mungkin nampak kurang segar dan sihat.

Kalau anda nak turun berart badan, lakukanlah dengan cara balance dan menitik beratkan kepada pemakanan yang sihat setiap hari.

No comments :

Post a Comment